CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

June 7, 2013

Ceritera tentang kisah hati,perasaan dan kasih sayang

Assalamualaikum
Salam Jumaat wahai sahabat
Tittle sounds good..Harini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Tapi hati aku tak berapa nk sihat harini.Owh dun get me wrong, sy xde Hepatitis B okeh..ni cerita tentang kisah sakit hati. Sakit hati bila apa yang diharapkan tak menjadi. Sakit hati bila rasa ada nye kekurangan.
Sebenarnya aku nak cerita tentang lumrah kehidupan yg bersangkut paut dengan hati,perasaan dan kasih sayang. Kalau kau manusia berakal, kau tak akan dapat lari dari hakikat ni.
Setiap orang perlukan nikmat berkasih sayang. Eh bukan orang je, binatang pun. Tak kisah la samada kau org yang disayang atau kau sayangkan orang. Semuanya memerlukan kasih sayang. Weh aku tatau macam mana nk ekspresikan apa yg aku nk sampaikan ni, sebab aku menaip ni dalam keadaan yg serba sakit hati dan mungkin ada sedikit rasa marah dan tak puas hati. Dari semalam aku cuba pujuk hati aku, tapi kalo da berkarat, keras mcm batu hitam berkarat, payah jugak nk keluar dari kepompong sakit hati tu. Aku rasa ni penyakit paling bahaya dalam hidup. Sebab dia boleh memusnahkan sebuah dunia kalau kau tak mampu nk ubati perasaan sakit hati ni.
Ok, as time flow, aku akan cuba beristighfar sehingga aku rasa lega.
Mind u, entry ni akan jadik sgt panjang, from my two cents thought it maybe will become 50 cents at the end. Tapi kalau kau ada masa,tgh2 layan traffic jam tu kau baca la.
Ok, mari cerita tentang kisah sakit hati aku.
Semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan aku yg ke-4. Tapi husband aku buat tatau je. Not even a wish or a single message of happy anniversary or what not. Let alone a single sentence of i luv u! So kat situ aku dah mula rasa menyampah. Tapi aku dek kan saja. Dgn rasa keras hati seperti batu, aku pun buat bodoh juga. Dalam hati, " u never appreciate this day for the past 4 years, why should i now?"
Aku xperasan plak yg kat situ aku da wat silap.Bila aku fikir2 balik, dah mmg lumrah hati dia mmg macam tu, kenapa la yg aku nk amik kira..sedangkan birthday aku pun kadang dia ingat kadang dia lupa. Siap ada sekali dia ingat bday aku sebulan awal,tu pun sbb set kat fon,kalau tak memang tak ada la ingat nya kan. Aku fikir lagi dalam2,kenapa aku nk jadikan ini sebagai penyebab kesakitan hati aku. Tapi lama2 aku jadik marah. Haa,kat situ en syaitan tepuk tangan dah..
Silap besar la..aku lupa tentang kisah hati dan perasaan ni sebahagian besar nya dipengaruhi oleh sifat kasih sayang yg kau ada. Aku lupa tentang cara kasih sayang yg dia ada atau pernah dapat, aku cepat je nk samakan dia dgn aku. Kat sini kasih sayang dari awal proses pembesaran kau tu mainkan peranan penting sbb itu mempengaruhi keseluruhan kehidupan kau. Kalau awal2 org2 yg sepatutnya bagi kau kasih dan sayang dah buat silap, agak sukar untuk kau ubah corak kehidupan kau seterusnya.
Dan cara kau tunjukkan kasih sayang tu tak sama untuk setiap orang. Maksud aku kat sini, kau tau hati kau mmg sayang kat org tu. Tapi org yg kau sayang tu mungkin tak tahu atau tak faham cara kau sayang tu. Itu disebabkan cara kau menzahirkan kasih dan sayang kau tu mungkin tak berapa difahami.
Contoh paling ketara, aku rasa aku tau yg husband aku sayang kat aku. Tapi tak penah sekali pun aku dengar dia cakap dia sayang kat aku kalau aku tak tanya. Kalau lah ada tetiba satu hari dia kata dia sayang kat aku atau "i luv u" secara tetiba, itu samada hari dah nak kiamat, dia buang tebiat atau mungkin aku dah nazak nk mati ke time tu. Mungkin kau rasa pelik kan, ada jugak org bercinta cara macam ni. Haaa..aku pun rasa pelik gak, tapi ntah..Mungkin..Mungkin ok, dedulu org2 yg berada di sekeliling dia yang patut bg dia kasih sayang tak amalkan konsep menzahirkan cara berkasih sayang tu.
Family aku huru hara, tapi aku rasa emak abah, abg akak aku selalu menunjukkan atau menzahirkan yg wujudnya perasaan kasih dan sayang tu ( Ok tolak la cerita bpecah belah disebabkan harta tu). Tapi aku tau, dulu aku pernah hidup dengan limpahan kasih sayang orang2 yg berada disekeliling aku, jadi aku sgt tak biasa dgn kehidupan yg aku ada sekarang ni, tapi sedang sedaya upaya adapt dgn keadaan semasa. Jadi aku masih tak paham dgn hati aku yg rasa nk marah sangat hanya sbb husband aku tak amik port pasal anniversary tu..aku rasa, aku akan apply konsep forgive and forgot..hahaha..
Tapi satu je aku nk sampaikan
Kau mungkin boleh apply konsep kehidupan yg kau pernah nampak dari bapak kau, but dun be sorry at the end..(sila fahamkan dan exegerate sendiri)

Perasaan kasih dan sayang tu bukan lah sesuatu yg kau boleh buat2. Aku rasa tak ada button utk LOVE and HATE dalam hati. Semuanya akan tergenerate through a period of time. Kasih sayang suami isteri, anak beranak, adik beradik, sedara mara dan kawan2, semua tu sepatutnya ikhlas dari dlm hati. Gila terel kalo kau boleh buat2 sayang, tapi dalam hati mnyampah dan benci. Dan sepatutnya kasih sayang tu bermula dari rumah. Macam mana kau sebagai mak bapak sayang kan anak2 kau dengan ihklas, InsyaAllah, anak2 kau pasti akan sayang kan kau jugak. Sebab anak2 ni membesar dengan cara kau tunjukkan kasih sayang tu. Seperti contoh, arini kau malas nk layan atau main dengan anak kau, so kau letak je dia dalam walker main tangan sensorang. Lagi 20-30 tahun, ko jangan la bising pulak kalau dia letak kau atas wheelchair duk tepi pintu sorang2 malas nk layan kau! Dan arini anak kau panggil kau sebab nak tunjukkan yang dia berjaya bunuh semut kat atas lantai, tapi kau buat dek je sebab sibuk layan S4 yg kau baru beli, ko jgn la marah nanti kalau kau panggil dia untuk borak2 kosong melayan sunyi hari tua kau, tapi dia terus lari masuk bilik dan layan fesbuk! See, hidup ni ada hukum karma nye kan. Macam menuai padi. Banyak yg kau semai, banyak la hasil yg dapat kau tuai. Tapi kalo kau cuma semai padi, tapi kau harap tuhan nk tolong siram air, org sebelah umah tolong letak baja, ko jangan la harap padi yg kau tuai tu adalah beras Gred1. Lepas tu kau nak bising2 apsal la padi aku ni kurus kering je, tapi bendang org seblah kemain hijaunya! Dan kasih sayang untuk anak2 tu adalah tanggungjawab dan amanah. Tak kira anak angkat,atau anak tiri, mengasihi anak2 itu bukannya beban yang terpaksa kau tanggung. Sila fahamkan konsep unconditional love dalam kehidupan. (aku malas nk elaborate)

Aku teringat kisah satu pagi raya, kisah tentang kakak dan abah aku. Ada satu pagi raya, kitorang mmg akan berkumpul untuk salam2 ni kan, aku rasa sume family pun camtu. Tapi slalunya kitorang ni huruhara. Time salam2 ni kompom dapat duit raya. Ada sekali abah aku sound kakak sulung aku, nanti dia bagi resit sebab akk aku bg dia duit da mcm byr zakat fitrah, setahun skali..hahaha..sentap weh kalo kena sound camtu, tapi akak aku amik the positive way, n sejak tu aku rasa akak aku tak penah nk tunggu raya baru nk belanja abah aku..

Menzahirkan kasih sayang tu bukan dgn cara meluahkan dengan perkataan semata2, tapi sekali dengan perasaan dan perbuatan. Contohnya kan,kecik2 dulu mak kau tak merungut pun dia kena cebok kan berak kau yg busuk melantung tu (ok,aku kdg2 bising gak)tak kira la tgh mlm mengantuk ke,time dia tgh syok shopping ke, dia cebuk kan jugak. Sebab apa? sebab dia syg kt kau. Kalau dia tak syg,kompom dia biar je dulu taik kau berselepet sampai buntut ko merah. Tak pun dia suh org lain je yg buat. Kalo sekarang kau rasa apa yg kau buat untuk anak2 kau tu hanyalah beban dan bukan disebabkan rasa tanggungjawab dan perasaan kasih dan sayang tu, kau jangan harap nanti bila tangan kau da tak sampai nk cebuk berak kau sendiri,anak kau akan volunteer untuk buat untuk kau. Ok, aku cakap macam ni sebab aku nk ingat kan diri aku jugak. Aku sayang anak2 aku, sanggup tukar denyut nadi aku untuk mereka teruskan kehidupan. Sayang bagi aku bukan la bermaksud biar atau turut segala kemahuan mereka, tapi mengadakan apa yg termampu dan kalau boleh yang terbaik dalam kehidupan. Itu termasuklah dari segi kehidupan berkasih sayang dan bukan bersifat material semata-mata. Aku harap, andai satu hari nanti jodoh aku tak panjang atau nyawa aku dipendekkan tuhan ( read:aku tak ada untuk anak2 aku) mereka akan dilindungi dengan limpahan kasih sayang yg berterusan,dan semoga  mereka juga satu hari nanti akan meneruskan sifat kasih sayang dalam hati yang ikhlas. Dan juga semoga aku akan terus ada dengan mereka selagi kasih dan sayang aku tetap diperlukan.

Banyak dah aku merapu ni..tapi sebagai umat islam kita memang dituntut untuk menjalani kehidupan berkasih sayang sesama kita. Kalau tak tahu caranya sila belajar, kerana mencari  ilmu juga adalah tuntutan agama kita..

OK, dah..pegi balik dan sayang org2 yg sepatutnya kau sayang...